MyOnRails - Ruby On Rails di Malaysia

User login

 
Submitted by theadmin on Thu, 12/13/2007 - 09:34.

Peringkat yang agak membosankan ( se-awal projek kedua :) ) ialah membangunkan kembali modul-modul yang sudah menjadi kebiasaan seperti modul pengguna dan men-configurasi aplikasi rails anda. Menaip 'rails namaprojek' dan melihat kesemua folders yang Rails bina tidak menjadi begitu menyeronokkan (melainkan font terminal anda berwarna hijau dan kesemua itu seperti skrin the matrix).

Sekarang (sebenarnya dah dari 2 3 tahun lepas pun) bolehlah anda dapatkan Exemplar untuk mengelak terus membina bahagian paling penting pada aplikasi anda. Exemplar, satu pengubahsuaian caboose oleh Kamal. Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Exemplar daripada site utamanya... Exemplar.

  • Untuk menggunakan Exemplar, anda terlebih dahulu perlu dapatkan rubyInline dan image_science :

    1. sudo gem install RubyInline
    2. sudo gem install image_science
  • Kemudian dapatkan Exemplar itu sendiri dengan menaip:

    svn export http://svn.devjavu.com/malaysia-rb/exemplar

    Ini akan memuat turun exemplar tanpa folder .svn yang menyimpan maklumat subversion. Memandangkan exemplar adalah asas kepada aplikasi yang kita akan bangunkan, kita akan menggunakan repository subversion sendiri yang tidak terikat dengan repository asal exemplar.

  • Buatkan satu database untuk aplikasi anda. Untuk contoh, kita gunakan database mysql dan nama database yang kita buat ialah 'exemplar'.
  • Ubahkan konfigurasi file database dalam /exemplar/config/database.yaml.
  • jalankan 'rake migrate' untuk membina table2 dalam database exemplar.
  • Seterusnya jalankan exemplar dengan menggunakan arahan berikut di console/terminal. Ini cuma untuk pastikan exemplar boleh dijalankan tanpa masalah.

    script/server

  • browse ke localhost:3000. Jika tiada masalah, exemplar akan memaparkan senarai pengguna sebagai default.
  • Bangunkan komponen penting aplikasi anda.

:)

Jika ada apa2 permasalahan, sila ajukan ke forum atau ke website exemplar.

»

Recent comments

Creative Commons License

Logo myonrails adalah hasil ciptaan crynobone kecuali design bendera Malaysia pada logo.

Syndicate

Syndicate content